Monday, September 26, 2011

Aku Yang Menyenangkan..












Wajah Yang  Selalu Ceria.
Rasulullah sentiasa berwajah ceria, beliau pernah besabda, “Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta”. ( Abu Dawud).

Senyuman Ikhlas.
Rasulullah sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya. Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan.
Kata-kata Yang Sopan dan Lembut.
Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah, ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga wujud suasana yang menyenangkan.

Senang Menyapa dan Mengucapkan Salam.
 Selalu menjadi orang yang memulakan dalam menyapa dan mengucapkan salam.
Jabatlah tangan kawan kita penuh dengan kehangatan dan lepaskanlah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah.
Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.

Bersikap  Sopan dan Menghormati Orang Lain
Rasulullah jika berbincang dengan para sahabatnya selalu menghormati dengan cara memberi perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melawak, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya bercerita perkara yang mempesona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.

Senangkan Perasaan Orang Lain.
Pujilah dengan ikhlas dan jujur terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kita mengaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji teringat akan asal nikmat yang diraihnya, menyatakan terima kasih dan do’a.
Hal ini akan membuatkannya merasa bahagia. Dan ingat jangan pernah kedekut  untuk berterima kasih.

Penampilan Yang Menyenangkan.
Pakailah pakaian yang kemas, sesuai dan wangi. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan,
Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, dan ini mestilah dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.

Memaafkan kesalahan.
Jadilah pemaaf yang lapang dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana ia akan membuatkan kita bahagia dan senang, walau sesiapapun yang pernah melakukan kekhilafan terhadap kita..

Memberi Hadiah.
Saling memberi dan berkirim hadiah akan menumbuhkan kasih sayang. Jangan pernah takut miskin dengan memberikan sesuatu, kerana Allah yang Maha Kaya telah menjanjikan ganjaran dan jaminan tidak akan miskin bagi ahli sedekah yang ikhlas.

Menolong dengan Sedaya- Upaya.
Bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau setidak-tidaknya perhatian yang ikhlas, walau hanya mendengar keluh kesahnya.
Apabila tidak mampu, maka do’akanlah dia, dan percayalah bahawa kebaikan sekecil apa-apa pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah.

Sumbangankan Ilmu dan Pengalaman.
Jangan kedekut untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita harus berkongsi  ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita dapat menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.
InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan ikhlas maka kebahagiaan  akan terasa nikmat, kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang melainkan  semata-mata kerana Allah SWT.

Keuntungan kita bukanlah diukur dari apa yang kita dapatkan tetapi dari nilai manfaat yang ada dari kehadiran kita. Bukankah sebaik-baik diantara manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi hamba-hamba Allah lainnya?
pss..: adakah aku yg menyenangkan kaum keluargaku? adakah aku  yg menyenangkan kawan2 ku?
Aku ingin menjadi seorang yg amat menyenangkan.....:)

Friday, September 23, 2011

Diri yg bernama IDA...

Assalamualaikum wbt...

Iye saya bernama IDA SHUHAIDA BINTI SARANI....
seorang anak tunggal perempuan dan anak kedua dalam 4 orang adik beradik..
ada big brother dan little brother (besor dari aku lagi).......hhehe

Aku seorang yg banyak kekurangan....
Aku seorang yang sangat suka kepada benda2 yg visual...
that's why la aku tak suka membaca...aku suka benda yg nampak..
that's why la aku ambik engineering....aku suka ngan subjek aku study dulu time kat poly..
sangat interesting...

Aku seorang yg kasar,garang, dan tegas....
Iye! itu aku mengaku....kdg2 bahasa aku agak PEDAS!!
KAWAN2 YG MENGENALI DIRI NI...MINTA MAAF JIKA TERKASAR BAHASA SEBELUM INI....
Family aku, kawan2 aku dan kawan2 tempat kejer ckp aku KASAR....mmg la aku KASAR dan GARANG dengan suara aku yg NYARING boleh membuatkan orang sakit telinga....hehhe SORRY BEB!!
Mungkin aku dikelilingi dengan LELAKI kot...Coz adik beradik aku semua lelaki..Sepupu aku rmi lelaki...Study dulu rmi gak mmbr lelaki...tmpt KEJER jgn cakap la 80% LELAKI....MAK aku brutal....
Kdg2 nk ubah sikap jadi lemah lembut...tapi tak leh la! aku tgk kwn2, akak2 dan adik2 yg lemah lembut sejuk mata aku...
*kdg2 KETEGASAN aku dibuat agar aku tidak diganggu oleh LELAKI yg GATAL...kdg2 GARANG aku dibuat untuk melindungi diri aku dari dipijak LELAKI.....Bukan aku anti-lelaki tau!

Aku seorang yg suka tersenyum...
aku suka senyum.....smpi brother kat tmpt kejer aku ni nk kira berapa kali aku senyum dlm sehari..
KEEP SMILING (senyum itu satu sedekah)...

Aku seorang yg suka berkawan..
aku mmg suka berkawan...aku senang dpt kwan2...(mak aku ckp hati2 dengan keramahan tu nanti org kata ko GEDIK!)...jdi peramah pun GEDIK ker mak???...jdi sombong orang tak suka pulak...smpi kdg2 aku tak tau nk jadi cm ner...pening2....

* kawan2: jika ada kekurangan IDA minta maap nyer...sesungguhnyer IDA mmg banyak kekurangan...ini sebahagian kekurangan yg dpt diceritakan..SESUNNGUHNYER YG TERBAIK adalah drp ALLAH SWT......






Saturday, September 17, 2011

Mission

My Mission


1.   Nak tolong family walaupun tak seberapa at least ada.....betol tak? aku tau yg mak dan abah dulu sgt susah nk membesarkan kami adik beradik...
2.   Nak kejer dengan bersungguh2......kadang aku merungut dengan diri sendiri dan rakan sekerja...kenapa aku ada BOS mcm tu??? mungkin istilah SUSAH DAHULU BERSENANG2 KEMUDIAN...itu tak pasti! hope someday aku dpt BEKERJA dengan cemerlang......dan tak de merungut2 lagi..
3.   Ingin menambah ilmu pengetahuan....tak kira ilmu akhirat dan dunia...byk juga aku belajar dan sedar dari rakan2 dan blog2...rupanyer selama ni aku seorang insan yg lemah dan kosong.....aku ingin terus belajar dan belajar...
4.   Aku hendak memiliki rumah sendiri....aku nk hias cantik2 rumah tu!! hehheh 
5.   Baru nk KAHWIN! 
6.   Nk langsaikan hutan PTPTN dan KERETA.....ni take time skit...tak per la skit2..lama2 habis la kan???


YA ALLAH YA TUHANKU...PERMUDAHKAN LAH URUSANKU....







Wednesday, September 07, 2011

2nd Language !!

ENGLISH adalah bahasa kedua di Malaysia selepas Bahasa Melayu, Tamil dan Cina...
Tetapi kenapa aku masih tak dpt menguasai ENGLISH????
too complicated!! 


Aku belajar ENGLISH sejak tadika samapi la hbs study kat Poly...
Member2 aku kata aku power ENGLISH...tapi tak tau tang mana power!!


Masuk Kejer jer mahu terngaga!!
All in ENGLISH............FUH! Berpeluh2 nk menulis report, nk balas email dan seangkatan dengannyer lah...
But until today, i work hard...Hope someday i will master in ENGLISH....
Sometime rasa malu gak ada kesilapan2 dengan org2 atasan...but i learn from mistake...
and I LOVE TO LEARN something new....sebab ilmu tak kenal erti tempat...
Bukan sahaja kat Kolej2 or kat University jer boleh study.. Am i correct??


HOPE SOMEDAY I WILL MASTER IN ENGLISH!!! 
Nothing is impossible..


*IDA.....i know you are strong GIRL....anything you can do it....


Saturday, September 03, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah ;)

Cinta, Itu, Adalah, Fitrah..





Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia ,
 iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri ,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang.
 Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan,
 maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?

Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah

Saya Harap Cinta Tidak Dikotorkan oleh Nafsu semata2..
Saya Berharap Cinta Saya Tidak dinilaikan sebagai Nafsu seorang lelaki...