Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada emakku PN HASNAH BINTI ABDUL KARIM..

Hari ibu yang sangat sedih
Kena marah dengan emak tapi tak tau sebab apa..
Mak dah tak nak ckap dengan aku..
Dan aku tak tau kenapa
Kenapa dan Kenapa mak marah sangat dekat aku?
Kenapa aku selalu kena marah?
Padahal aku selalu tolong2 buat kerja rumah tapi memasak jer tak reti (nanti org belajar la tak confident lg)

Kdg2 rasa mcm mak tak suka aku tinggal kat sini
Kenapa ye?
Padahal aku sllu berada disampingnya dikala sakit, susah dan senang..
Aku tak pernah susahkan mak..
Event sllu dikata lembik jika aku sllu mengadu pasal kejer..
Kenapa ye?
Klu mak halau aku cam ner?
Kena terima la kot..
emmm

Share from FB:

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]


Semoga aku terus bersabar dengan kerenah ibuku ni dan aku tahu dulu dia pun bersabar dengan kerenah aku masa kecil..

Terima kasih mak


Friday, April 27, 2012

Cahaya Kelam

Assalamualaikum..

Wah! sudah lama tidak mengarang di blog kesayanganKu ini...
Sudah lama tidak menjengah blog rakan2ku...
Minta maaf rakan. bukan bermaksud diriku sombong tetapi kerjaku pada siang hari
memaksaku rehat dengan sangat awal kerana esok aku masih berjuang mencari rezeki yang halal..

Sepanjang 3 bulan (rasanya lah) bermacam2 kejadiaan kehidupanKu..
Nk cerita panjang la...ringkaskan ler

Bermulalah segalanya...

BIDADARI DUNIA
Masyaallah...sungguh menakjubkan tak terkata apa2....
Aku ajak gi dengan rakan2 sekerja..hanya 3 org jer termasuk aku..emmm
Aku share2 in-put dengan rakan2 sekerja dengan bersungguh2..
tak sangka ada perubahan jugak pada diriku mcm MOTIVATOR plak..
dlm byk2 slot paling suka Dr Rubiah n Ustazah Siti Nurbahyah..

KERJA
Em...rasa2 mostly dh tau yg aku nyaris2 nk berhenti
tapi aku tarik balik....sebab2nyer
1.   MAK tak brp sihat
2.   Bila difikirkan tak berbaloi coz offer tak tinggi sgt
3.   Kesian tengok rakan2 sekejer lain kerana jika aku berhenti makin bertambah2 ler kejer dorang yg
     sedia ada byk kejer tu
Kesannya:
-   Bos tak offer counter gaji pun naik 10 sen pun tk de...tapi ALLAH SWT tu MAHA ADIL kan?
     Kerajaan Bagi notis yg gaji mcm sy boleh Overtime (OT)....lgi banyak dari offer kan??? I LIKE... ALLAH SWT SENTIASA DI SISI saya..

KEPADA SI DIA...
Jika mahu mengambilku sebagai surimu....
KAU krimkanlah niatmu kepada waliku....
pilih aku kerana agamaku...
dan jangalah pilih daku kerana luaranku...
dan terimalah daku seadaNya kerana aku byk kekuranganNya..

KEPADA MAK...
Sokonglah diriku utk setiap langkahku
kerana engkau dulu memimpin tanganku sewaktu kecil
aku phm engakut tidak boleh terima dengan perubahan diriku
yg dulu anakmu ini jahil emak
sekarang mahu menjadi BIDADARI DUNIA
Janganlah engaku mengata diriku LEMBIK
jika aku mengadu aku letih sewaktu pulang dari bekerja
kerana aku hanya mahu perhatianmu sahaja..
kerana saatMU senyum dengan kepulanganku
LETIH ku hilang...
DOAKU setiap hari hanyalah untuk dirimu EMAK..

KEPADA ADIK BERADIKU
jangalah engkau meninggalkan solat
kerana solat adalah tiang agama..
adik...jangalah kau tengking aku jika aku menyuruh dirimu solat
sedih hatiku jika melihat kau tidak solat
Along...tidak tahu bagaimana utk berckp n menasihatimu..
engaku sudah jauh dari kami...dirimu hanya kerja, kawan2 n dot dot dot


coret:   AKU ADALAH AKU...tidak salah menjadi diriKu..kerana AKU ADALAH AKU



Saturday, February 04, 2012

Sahabat

Assalamualaikum

Buat masa sekarang saya sudah hilang 2 org sahabat lelaki..
Bukan disebabkan kematian...tapi disebabkan oleh aku menegurnya untuk menjaga hati daripada terjerumus kepada zina...

Astafirallahalazim...jauhkanlah aku dari zina

SAya minta maaf sahabat A dan S.....
Saya tahu anda ikhlas hendak berkawan dengan saya
tapi jangan terlalu lebih2...

- mempersoalkan kenapa tak bg no phone?
satu sebab anda selalu kcu waktu saya rehat, tdo, kejer dan sebagainya...

- mempersoalkan tak nk kwn nga dia sbb saya ni terlalu baik.
saya ni bukan manusia sempurna...saya tidak sebaik yg anda sangka...saya adalah manusia biasa

- menengor sbb msg yg nada bergurau dengan DATING2 n SAYANG2
saya tak tau anda bergurau sebenarnya (minta maaf sbb terkasar bahasa)... klu bergurau ada tahapnya....mungkin dulu aku lain...tapi skg tidak lagi...kita jga btas pergualan kita ye....mungkin anda tak boleh terima...insyaallah nanti satu hari anda akan phm kena saya begitu...
tak per la tak nak bersahabat ngan saya..  :(

- berkata yg aku ni EGO sbb tak nak ubah perwatakan kasar
EGO ker? tapi mmg sikap aku begini....dengan sikap aku begini adalah utk perlindungan aku sendiri kerana takot berlembut nanti lelaki jatuh hati ;)....

MINTA MAAF SAHABAT

tapi adakah aku ni memutuskan silaturrahim??

SEKALI SAYA BERSAHABAT ANDA TETAP SAHABAT SAYA SELAMANYA..



Wednesday, February 01, 2012

Berubah angin ker tempat kejer

Faktor2 mengambil keputusan untuk berpindah kerja:

Nilai majikan lama

- Adakah tempat kerja sekarang ini sedang mengalami zaman kejatuhan
  Ya, tempat kerja sekarang banyak kerugian daripada keuntungan

- Adakah mendengar2 khabar angin tentang proses pengurangan pekerja, masalah kewangan dan bajet tahunan?
   Ya, tiada pengurangan pekerja tapi mengalami masalah kewangan yang meruncing sampai di sekat2 overtime dan memberi bonus. Bajet tahunan sepatutnya untuk production tapi untuk elaun2 bos2 ada pulak...

- Adakah pemasaran produk di tempat lama mengalami kesulitan?
 Ya, dengan masalah harga jualan yang ditetapkan tinggi daripada pihak syarikat membuatkan customer lari tmpt lain dengan kualiti yg sama. 

- Adakah tempat kerja masih lagi tiada menampakkan perubahan?
Kalau dr perubahan kerja aku mmg semakin bertambah hari2 sibuk. Kerja dan kerja

- Adakah kebanyakkan pekerja bekerja dalam suasana penuh semangat, ketakutan atau biasa sahaja?
Kebanyakkan operator  tiada semangat bekerja coz suasa kerja tak seronok dulu katanya. Sekarang semua nk disekat OT, BONUS dan BENEFIT lain... oleh kerana sudah ada tanggunggan dan keluarga dorang terpaksa kerja... 

-Adakah tempat kerja lama memasang strategi untuk berjaya
mmg ada tapi semua melibatkan KRA, IMPROVEMENT PROJECT dan lain2... klu tak capai tak dpt BONUS...

-Adakah sudah bertahun tidak dinaikkan gaji?
mmg ada naik gaji...

- Adakah pekerjaan sekg sesuai dengan kemampuan yang dimiliki?
RAsa luar kemampuan... kdg2 terlalu byk task smpi tak terkejar...lagi satu dengan deal dengan supplier iaitu org luar...tak boleh wat keputusan kena rujuk dengan 2 or 3 org baru leh wat kejer...tak ckup tangan n kaki kena bergerak ke depan dan belakang...

- Adakah tugas dan tanggungjawab semakin meningkat, tetap atau berkurangan?
rasanya sama dengan jawapan di atas

-Bagaimana hubungan dengan org atasan dan rakan sekerja yg lain?
Alhamdullilah semua OK 

-Apakah org atasan sering meminta pendapat anda?
Ada, tapi selalunya kena balas balik  "that's not suitable" "good, but you have to additional job bla bla bla"

-Adakah situasai lebih kurang sama?
???

Perlu menilai diri sekiranya jwpn yg diberikan lebih positif berbanding negatif. Dengan cara ni, boleh kembangkan bakat serta berusaha sebelum memutuskan untuk angkat kaki.
Kesimpulannya, harus menilai diri terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk bertukar kerja. Sekiranya mempunyai waktu untuk berubah teruskan usaha. Jika masih berdegil untuk angkat kaki, tepuk dada tanya selera.


coret1: berusaha mencuba yang terbaik sambil mencari kerja lain.


Sunday, January 15, 2012

Di Saat Usia Bertambah

cinta



Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/disaat-usia-bertambah/#ixzz1jXTzbw5N



coret1  :   sudah biasa dengan kehidupan ni...semoga aku bersabar menanti... :)
coret2  :  emak dh mula bertanya "Bila nk kawen?" siap nk wat sekali ngan along...aku ternganga kejap!! cam ner ni nk jwb?? mmg tak de org nak nk wat cam ner???


coret3  :  semoga sahabat2 ku berbahagia dengan imam dan makmum yang halal! aku belum ketemu IMAM aku lagi...sabar ye....

Monday, January 09, 2012

Mestikah Jodohnya lelaki/perempuan jahat juga?

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama tidak menulis blog Bunga2 Matahari.

Terbaca dari buku "Untukmu Wanita" karya Zaharuddin Abd Rahman.

Seperti yang diketahui dari surah An-Nur: 26

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat: mereka itu akan beroleh pengampunan yang mulia"

Melalui ayat ini, dapat memahami naluri kebaikan yang wujud dalam diri seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan. Naluri ini dijadikan oleh Allah SWT akan sentiasa cenderung untuk mencari pasangan yang sesuai dengan dengan jiwa dan kebiasaan mereka. Ini menjadikan seseorang yang buruk hati dan imannya akan berasa lebih selesa dengan pasangan seperti mereka.

Ayat ini disebut sebagai tanda Ghalib atau majoriti namun demikian, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita "jahat" kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas. Hikmahnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan, hamba yang soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah. Manakala pasangan yang jahat menjadi soleh dan solehah. Tatkala itu, pasangan inidividu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu terpilih menjadi lebih baik dengannya..

Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merundum jatuh. Nauzubillah..

coret1  : thanks my cousin Asyraf coz bg pinjam buku ni..sgt berbaloi ;)

Tuesday, January 03, 2012

Bukan Rezeki lagi... :)

Assalamualaikum...

Bukan rezeki aku lagi..:)
Terima kasih abah dan emak yg sentiasa memberi sokongan tidak kira masa dan tenaga..
Mmmg tak terbalas akhirnya..
Minta maaf kerana tidak mendapat apa yang diharapkan...
Memang mengecewakan apabila anakmu tidak dapat memenuhi impianmu..

Minta Maaf Abah dan Emak..

Insyaallah satu hari nanti rezeki anakmu ini akan menjadi kebanggaaan mu..

:)....