Sunday, January 15, 2012

Di Saat Usia Bertambah

cinta



Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.
Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/disaat-usia-bertambah/#ixzz1jXTzbw5N



coret1  :   sudah biasa dengan kehidupan ni...semoga aku bersabar menanti... :)
coret2  :  emak dh mula bertanya "Bila nk kawen?" siap nk wat sekali ngan along...aku ternganga kejap!! cam ner ni nk jwb?? mmg tak de org nak nk wat cam ner???


coret3  :  semoga sahabat2 ku berbahagia dengan imam dan makmum yang halal! aku belum ketemu IMAM aku lagi...sabar ye....

Monday, January 09, 2012

Mestikah Jodohnya lelaki/perempuan jahat juga?

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama tidak menulis blog Bunga2 Matahari.

Terbaca dari buku "Untukmu Wanita" karya Zaharuddin Abd Rahman.

Seperti yang diketahui dari surah An-Nur: 26

" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat: mereka itu akan beroleh pengampunan yang mulia"

Melalui ayat ini, dapat memahami naluri kebaikan yang wujud dalam diri seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan. Naluri ini dijadikan oleh Allah SWT akan sentiasa cenderung untuk mencari pasangan yang sesuai dengan dengan jiwa dan kebiasaan mereka. Ini menjadikan seseorang yang buruk hati dan imannya akan berasa lebih selesa dengan pasangan seperti mereka.

Ayat ini disebut sebagai tanda Ghalib atau majoriti namun demikian, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita "jahat" kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas. Hikmahnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan, hamba yang soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah. Manakala pasangan yang jahat menjadi soleh dan solehah. Tatkala itu, pasangan inidividu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu terpilih menjadi lebih baik dengannya..

Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merundum jatuh. Nauzubillah..

coret1  : thanks my cousin Asyraf coz bg pinjam buku ni..sgt berbaloi ;)

Tuesday, January 03, 2012

Bukan Rezeki lagi... :)

Assalamualaikum...

Bukan rezeki aku lagi..:)
Terima kasih abah dan emak yg sentiasa memberi sokongan tidak kira masa dan tenaga..
Mmmg tak terbalas akhirnya..
Minta maaf kerana tidak mendapat apa yang diharapkan...
Memang mengecewakan apabila anakmu tidak dapat memenuhi impianmu..

Minta Maaf Abah dan Emak..

Insyaallah satu hari nanti rezeki anakmu ini akan menjadi kebanggaaan mu..

:)....