Assalamualaikum...
Hari ni banyak kali kena marah dan teguran dari emak.
Yang itu salah dan yang ni salah.
Walaupun mak selalu marah saya kadang2 tak ambik hati.
Tapi kadang2 ambik hati...
Cedih rasa nk nangis.
*MAK! orang sayang mak seribu kali dari saya sayang diri sendiri
Monday, October 17, 2011
Monday, October 10, 2011
Dunia2
Assalamualaikum wbt
Sungguh takut dengan berita sekarang. Macam2 yg keluar di kaca tv dan dada2 akhbar.
Adakah kita di akhir zaman?
Jenayah berlaku dengan senang,
itu jgn ckp klu gejala sosial...
Takut sungguh aku TAKUT.
Adakah manusia di zaman ni tidak takot dengan pengajaran akhirat.
Ya Allah Ya Tuhanku
Jauhkanlah aku dari api nerakamu.
Jauhkanlah aku dari sesaan kubur.
Jauhkanlah aku dari kemaksiatan
Sungguh takut dengan berita sekarang. Macam2 yg keluar di kaca tv dan dada2 akhbar.
Adakah kita di akhir zaman?
Jenayah berlaku dengan senang,
itu jgn ckp klu gejala sosial...
Takut sungguh aku TAKUT.
Adakah manusia di zaman ni tidak takot dengan pengajaran akhirat.
Ya Allah Ya Tuhanku
Jauhkanlah aku dari api nerakamu.
Jauhkanlah aku dari sesaan kubur.
Jauhkanlah aku dari kemaksiatan
Monday, October 03, 2011
Couple!!!
Jangan terkejut duhai kawan.
Cuma nk share satu cerita dari blog Aku.islam
http://akuislam.com/blog/renungan/bagaimana-rasanya-couple/#more-10660
Berdasarkan dari cerita daripada penulis sungguh bertuah dengan mendapat hidayah Allah Swt di zaman IPT..alhamdullilah....Aku memang masih mengisi hatiku dengan rahmat dan hidayahMU...
Cerita Aku pula, bukan untuk berbangga diri tetapi untuk tatapan dan renungan bersama..
Aku berasal dari Keluarga yang tegas, So sebab tu time zaman sekolah aku tidak pernah terfikir nk couple.
Melihat sahabat2 aku "COUPLE" nak juga mencuba tapi Alhamdullilah aku sentiasa dilindungi oleh Tuhanku dan keluargaku. Dengan "COUPLE" juga sahabat ku bergaduh sesama sendiri.Sebab Lelaki juga sahabat2 ku berhabis kredit nk sms or call sang kekasih..dengan "COUPLE" juga sahabat2 ku tidak dpt memberi tumpuan terhadap pelajaran.
Alhamdullilah aku tidak terjebak dengan semua tu..sbb zaman sekolah aku hanya Belajar, Kawan2, dan Cikgu2.Mungki juga aku banyak berfikir dan membaca dari media2 cetak or elektronik dengan isu2 remaja sekarang aku menjadi takot.Terima Kasih kerana mengingatkan aku..
Masuk zaman IPT..lagi la dugaan dengan perkataan "COUPLE"..aku cerita dekat kawan2 aku yg aku tak pernah terjebak dengan "COUPLE" dorang mmg tak percaya..tetapi percayalah wahai kawan...ada juga la ni kenalkan aku mamat ni mamat tu! alasan yang diberi "NK STUDY" and 'MAK ABAH TAK KASI"...dengan masa terluang dari membuang masa gi dating aku isi dengan aktivti PRS...mmg byk aku belajar dari Cikgu, kaunselor2, kakak2 dan abang2 dan rakan2 sekalian.
Zaman bekerja! jangan ckp la hari2 tanya "IDA! BILA NK KAWEN??" dh borink nk jwb (kdg2 rasa mcm artis la pulak diberi perhatian cam gini hehhehehhhe) ...dengan sengihan kerang busuk aku jawab la jawapan yg masuk di akal "NK STUDY LAGI", "NK TLG FAMILY", dan mcm2 lagi la...sorry la Kakak2, Makcik2, Pakcik2 dan rakan sekerja terpaksa buat alasan yg mcm2...jawapan2nyer ada juga dengan impia aku..mcm yg 'MISSION STATEMENT AKU TU!' masih belum tertunai....tapi aku tak tolak Jodoh yg terdekat jika Allah Swt yang tertentukan....
coret2: aku percaya dengan RahsiaMu Ya Allah Ya Tuhanku
Saturday, October 01, 2011
Bersabarlah Duhai Hati!
Bersabarlah Duhai Hati (i love islam.com)
Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
pss..: Ya Allah Ya Tuhanku...jika dugaaanmu selama ini untuk menguji keimananku? Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnyer selama ini aku tidak mengerti dan seperti hambamu yang lain merungut dengan duggaan yg melanda...sesungguhnyer setiap Kejadian pasti ada Hikmah-Nya...
Syukur Alhamdullilah
Subscribe to:
Posts (Atom)

