Saturday, November 12, 2011

Emak, Ibu, Mama, Umi


Assalamualaikum wbt..

Sudah lama tidak menulis blog bernama "Bunga Matahari" bukan kerana malas tetapi kerana keletihan mencari rezeki halal.

Sesungguhnya "Bunga Matahari" tetap berbunga setiap hari dengan senyuman walaupun pelbagai
dugaaan menjengah diri.

Ingin menulis tetapi ketandusan idea dan tidak pandai menulis. :)


Ingin bercerita perihal Emak, Ibu, Mama atau Umi.

Saya tahu kasih ibu membawa ker syuga. Dan syurga terletak di  tapak kaki seorang ibu.

Pergorbanan ibu memang tiada tandingannya begitu juga dengan emak saya..
Segala perit getir dan kesedihanmu disembunyikan demi membuatkan anak-anak untuk bergembira 
Sejak dalam rahim lagi aku disemai dengan kasih sayang sehingga aku berusia 22 tahun.
Terima Kasih kerana membesarkan saya EMAK!

Rasulluaallah SWT bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Ertinya: Dari Abu Huraira r.a berkata telah datang seseorang laki-laki kepada Rasulluallah SWT maka ia berkata: " Wahai Rasulluallah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulluallah swt menjawab . "IBUMU" Ia berkata lagi kemudian siapa? Rasulluallah menjawab 'IBUMU' dia berkata lagi kemudian: Kemudian siapa? Rasulluallah menjawab 'IBUMU' dia berkata lagi: Kemudian siapa? Rasulluallah menjawab "AYAHMU" (HADIR riwayat BUKHARI DAN MUSLIM)

Berkisar berkaitan Emak saya:
Emak saya tidaklah berpelajaran tinggi hanya setakat tingkatan Lima dan tidak bersekolah di tahfiz.
Emak saya adalah seorang bekas Polis Hutan Malaysia.
Berhenti sekitar tahun 1993 kerana sayangkan Along yang asma sejak kecil tiada orang dijaga.
Emak saya tidak berhenti mencari rezeki untuk membantu abah membesarkan kami dengan bersekolah.
Alhamdullilah dari meniaga kuih dan menjadi pengasuh dapat kami hidup dengan sederhana.
Pakaian kami diganti tetapi pakaian Emak dan Abah tiada diganti.

Emak saya tidak pandai menunjukkan kasih sayang melalui kelembutan.
Emak saya seorang yang kasar dan brutal sedikit (mcm saya hehhe)
tetapi amat disenangi oleh jiran tetangga dengan keramahannya
Kadang-kadang gurauannya dengan anak-anak ada sedikit kasar
kalau yang tidak biasa memang terasa, tetapi saya sudah biasa walaupun kadang-kadang terasa walaupun hari-hari dengar.

Tetapi sekarang,
Emak saya tidak kuat lagi akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Juga ingin mencapai time putus haid (menopause)
Saya tahu kadang-kadang Emak marah-marah kerana stress dengan penyakit dan akibat symptoms2 menopause. Tetapi kadang-kadang saya terasa juga, bukan kerana marah mak tapi kecil hati.
Setiap malam menangis sambil bertanya dalam diri "Apa salah saya mak?"
Hanya sepupu saya tempat mengadu.
Terima Kasih Kak Long

Setiap Hari Aku Berdoakan Kesejahteraanmu Wahai Emak dan Abah

Terima kasih Kerana membesarkan saya


coret1: berat badan dh turun (betoi ker?hheheh) kerana kerja keras dan menangis malam2 

coret2: suka masakan emak tak de satu pun yg tak sedap. (nk belajar tapi tak teror)

coret3: sekarang kuat menangis.dulu susah menangis. (cam ner jadi cam ni? mana ida yg setabah dan sekuat dulu?
sampai di sini sahaja
tak mau cerita banyak2 nanti menangis lagi.

Assalamualaikum wbt


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.