Assalamualaikum wbt..
Sudah lama tidak menulis blog Bunga2 Matahari.
Terbaca dari buku "Untukmu Wanita" karya Zaharuddin Abd Rahman.
Seperti yang diketahui dari surah An-Nur: 26
" (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat: mereka itu akan beroleh pengampunan yang mulia"
Melalui ayat ini, dapat memahami naluri kebaikan yang wujud dalam diri seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan. Naluri ini dijadikan oleh Allah SWT akan sentiasa cenderung untuk mencari pasangan yang sesuai dengan dengan jiwa dan kebiasaan mereka. Ini menjadikan seseorang yang buruk hati dan imannya akan berasa lebih selesa dengan pasangan seperti mereka.
Ayat ini disebut sebagai tanda Ghalib atau majoriti namun demikian, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita "jahat" kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas. Hikmahnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan, hamba yang soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah. Manakala pasangan yang jahat menjadi soleh dan solehah. Tatkala itu, pasangan inidividu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu terpilih menjadi lebih baik dengannya..
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merundum jatuh. Nauzubillah..
coret1 : thanks my cousin Asyraf coz bg pinjam buku ni..sgt berbaloi ;)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.